Sunday, July 22, 2018

Sejarah Sek Keb (P) Bukit Kuda




Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda

Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda letaknya berdekatan dengan Bukit Kuda Hasan dan lebih kurang 2km dari bandar Klang. Sekolah ini beroperasi pada awal tahun 1966 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Methodist di Bukit Kuda.

Pada bulan Ogos tahun 1967 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda mula beroperasi sehingga kini.

Kelas-kelas percantuman untuk murid-murid pekak dibuka pada tahun 1967. Sehingga pada tahun 1994 kelas-kelas tersebut dipindahkan secara peringkat ke sekolah baru dinamakan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor di Jalan Pinang Raja di seksyen 18, Shah Alam.

Memori di Sek Keb (P) Bukit Kuda


Gambar ini diambil antara tahun 1986-1987 ketika mengambil pengambaran murid-murid dan guru. Guru di atas bernama cikgu Chin dan Puspha ketika itu mengajar di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda di Jalan Landasan, Klang. Kelas khas ini untuk murid-murid pekak dianggarkan lebih kurang 15 orang serta 2 guru walaupun berintegrasi dengan murid-murid perempuan di sekolah tersebut.


Ini adalah hari sukan di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda di mana murid-murid pekak mengambil bahagian dalam aktiviti sukan bersama 3 guru. Cikgu Siti Aisyah berada di berdiri paling kanan di atas gambar. Nama murid-murid di atas gambar seperti berikut di bawah:-

Barisan duduk (kiri ke kanan) : Raja Muhammad Shah, Oh Tat Wei, Izman Idruss, Abdul Hafeez, Gan Cherl Ladd, Leong Wai Chen.

Barisan berdiri depan (kiri ke kanan) : ***, Gerard Gomez, Lee Sek Koon, Nazaria, Amir Hamzah, Nor Zehah, ***.

Barisan berdiri belakang (kiri ke kanan) : Rudy Ramli, Thum Poh Yoke, Lim Pei Ling, N.Vadivelan, Nor Airin, Yong Mee Ling.